Thursday, 23 February 2012

:: Uhibbuki Fillah Ya Sohabati ::





InsyaAllah setiap post akan kami hasikan 1 wallpaper yang berkaitan. Jadi, pasti semua boleh meneka apa yang ingin sweet hijab bicarakan pada hari ini, penghulu segala hari :Jumaat :-)

Pertama-tama sekali Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana memberi keizinan-Nya Blog sweet hijab diwujudkan. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw, para keluarga baginda, para sahabat baginda khususnya.



Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Huraian

Kita pasti akan melakukan yang terbaik untuk sahabat kita.Menjadi pendengar yang baik, menjadi penolong yang baik, menjadi peneman suka dan duka yang terbaik, dan sebagainya.
Pasti dalam persahabatan itu ada ujiannya, untuk menguji persahabatan ini kerana Allah atau kerana perkara lain. Dan ujian dari Allah itu adalah penentunya. Supaya kita sabar dan belajar kekurangan kita sebagai sahabat. Jika kita berlapang dada menghadapi ujian-Nya bersama-sama insyaAllah ada ganjarannya.

Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.

Huraian

Pasti kita pernah mendengar kata-kata seperti di atas bukan. Islam juga menitik beratkan soal pemilihan sahabat. Tapi bukan bermaksud pemilihan duniawi tetapi berkait dengan akhirawi. Apa yang SH maksudkan ialah pemilihan sahabat yang memberi kesan positif kepada diri kita. Tetapi kita sebagai umat islam jga perlu menyediakan diri kita supaya menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat kita supaya kita memberi kesan yang positif antara satu sama lain. Ibaratkan Top up kekurangan sahabat kita. Jika berlaku permasaalahan, kita tidak seharusnya menyalahkan sahabat 100% tetapi kita juga kena menyalahkan diri kita kerana kita kena tanam kata-kata di atas dalam diri kita. Inilah pentingnya kita berlapang dada.


Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

Huraian

Persahabatan kerana Allah itu amat penting seperti kata-kata di atas kerana bersahabat itu bukanlah untuk kepentingan dunia.Bukan kerana pandai,bukan kerana kaya dengan harta, bukan kerana rupa atau pangkat tetapi persahahabatan itu kerana Allah. Marilah kita berusaha menjadi sahabat seperti di atas. Kerana bersahabat itu bukan di dunia sahaja tetapi hingga berjumpa di akhirat kelak. InsyaAllah..

InsyaAllah persahabatan yang dijalinkan di atas jalan Allah dan dikukuhkan lagi dengan iman dan taqwa akan berkekalan menuju ke syurga.

Kata-kata akhir dari SH :

Ukhuwah kerana Allah merupakan tujuan utama kita bersahabat. InsyaAllah




Sunday, 12 February 2012

Khalifah di bumi Allah

Syurga itu teramatlah indah,
Hanya mampu dimiliki oleh umat Islam yang hatinya tak goyah,
Yang mampu memegang satu amanah,
Ketika berada dibumi sebagai sebagai seorang Khalifah.

Seorang Khalifah tak menjadikan si kafir sebagai penunjuk arah,
Tak pula si fasik yang tidak punyai arah,
Seorang Khalifah itulah yang memegang panji-panji Allah,
Teladan hanya terletak pada sunnah Rasulullah.

Ingatlah wahai Khalifah, akan janji syaitan laknatullah,
Menyesatkan seluruh umat manusia menjadikan segalanya indah,
Kecuali hamba-hambanya yang takut akan padah,
Ketika saatnya nanti menghadap Ya Fattah.

Renung-renungkanlah wahai Khalifah,
Adakah kita layak bergelar muslim mahupun muslimah,
Muslim atau muslimah yang layak berjual beli dengan Allah,
Untuk peroleh syurga, kediaman selamanya disisi Yang Maha Pemurah....